Text
Pengantarbangsaan Kalender Islam
Perspektif Asia-Pasifik
Dewasa ini, hanya telah diterima secara meluas bahwa kalender Islam patut diantarbangsakan dengan cara yang betul sekiranya ia mau digunakan sebagai suatu sistem pengurus masa yang berkesan bagi keperluan-keperluan di serata dunia. Suatu rancangan yang sistematik untuk perkara ini telah pun dimulakan dan diharapkan akan membawa kepada suatu penyelesaian berkesan terhadap masalah berkenaan melalui penggunaan keternampakan tabii berdasarkan Garis Tarikh Qamari Antarabangsa (ILDL).
Dari 21hb Syawal 1408 (7 ke 10 Jun 1988). Universiti Sains Malaysia telah menjadi tuan rumah Seminar serta Bengkel Serantau tentang Kalender Islam Antarabangsa. Pembiayaan bagi Seminar tersebut datangnya daripada tidak kurang daripada 8 buah organisasi antarabangsa. Aturcara yang sibuk bagi tiga hari tersebut merangkumi berbagai-bagai pembentangan kertas kerja. Perbincangan-perbincangan oleh pakar-pakar dan aktiviti-aktivi termasuk upacara perletakan batu asas untuk Pusat Ilmu Falak.
Seminar serta-Bengkel ini telah berjaya menghimpunkan profesional-profesional sains, para ulamak dan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam.
Pengantarbangsakan Kalender Islam: Perspektif Asia-Pasifik.
Ini mempersembahkan ide-ide, konsep-konsep dan persetujuan yang dieketengahkan semasa Seminar dan Bengkel tersebut di dalam suatu bentuk tersintesis. Suatu langkah positif akan dapat dibuat jika setiap orang yang membaca dokumen ini menyadari masalah perbedaan pendapat di dalam amalan-amalan berkalender orang-orang Islam dan menghargai pentingnya penyatuan dan pengantarbangsaan sistem Kalender Islam.
Tidak tersedia versi lain